Tuesday 15 June 2010

Mencintaimu.....

Salam Pertemuan BUat Semua....
Hmmmm...sya mula mencintainya...huhuhu.sapa????blog niela....Buat wemua kwan2 kumpulan 4.slamat Prezent petang nie...hehehehe....Bitaufiq Wannajah Buat Sahabat2.

Perginya Orang Tersayang

Cukup sedih bila mengenangkan pemergian seorang insan. Pemergian yang meluputkan pandangan jasadnya di hadapan mata, tutur bicaranya, nasihatnya, gelak tawanya.
Kematian adalah suatu episode akhir dalam kehidupan dunia yang pasti dilalui oleh setiap insan, pasti. Tidak kira yang tua bongkok, atau yang muda sihat, tidak kira yang soleh mengharapkan bertemu tuhannya atau yang fasik sentiasa menjauhkan diri dari perkataan mati. Semua akan menghadapinya, tanpa dijangka, tanpa diketahui, tanpa disedari, samada bersedia atau tidak kita kita ke arahnya. Firman Allah s.w.t;
"كُلُّ نَفْسٍ ذَآئِقَةُ الْمَوْتِ"
"Semua yang hidup (pasti) akan merasai mati." (al-Imran, 185)

Beberapa episode kematian

"Mari kita semua hadiahkan bacaan surah Al-fatihah kepada ulama besar yang telah wafat pagi tadi, Al-Habib Abdul Kadir As-Saqqaf" Pesan Sheikh Jamal sebelum memulakan kelas hari itu.
Saya tersentak mendengar berita tersebut. Seorang ulama yang digelar wali kutub, orang yang paling dekat dengan Allah, telah pergi meninggalkan kita. Beliau merupakan antara guru awal Al-habib Ali Al-Jufri hafizahuLLAH. Dialah antara asbab Allah menyayangi hamba-hambanya, dialah asbab Allah tidak menurunkan bala kepada hamba-hambanya. Wafatnya seorang ulama adalah tanda akhir zaman yang jelas. Tanda Allah mencabut ilmu sedikit demi sedikit dari Ummat Nabi Muhammad s.a.w.
Baru sahaja kita dikejutkan dengan pemergian Sheikhul Azhar, Sheikh Ar-rahil Muhammad Syed Tantawi rahimahuLLAH, kita dihadapkan pula dengan kematian ulama besar dari Yaman ini. Benar sabda bagina Rasulullah s.a.w;
عن ‏ ‏عبد الله بن عمرو بن العاص ‏ ‏قال سمعت رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏يقول ‏" ‏إن الله لا يقبض العلم ‏ ‏انتزاعا ‏ ‏ينتزعه من العباد ولكن يقبض العلم ‏ ‏بقبض ‏ ‏العلماء"

"Sesungguhnya Allah tidaklah mencabut ilmu dengan (menghilangkan) akan ilmu itu dengan sekaligus dari (dada) hamba-hambaNya. Tetapi Allah Ta’ala menghilangkan ilmu itu dengan mematikan alim-ulama" (H.R Bukhari Muslim)

~Jalan-jalan Hujung Minggu~

Salam Pertemuan Buat semua..
Anyway, x tau nk crita apa kat cn...hujung mgu brunie,jadual sya agak pack dgn aktiviti mkn2 knduri atau kata lain m'hadiri walimah kwn2,adik beradik dan jiran2...uihh...1 hr smpai 4,5 knduri..mau kembung perut..:)
Hmmm..hari sabtu bru nie, sya jugak ke Majlis Pentauliahan my litte brother di USM...Mals nk tuleh pnjg2...jom tgok gmbaq dhla...hehehehe


Keli Masak Lemak Cili Padi

Bahan2 :


1) Ikan keli 'fresh' - brp ekor ikut suka
2) Kunyit & garam utk goreng. Buh tepung sikit.
** Ikan keli kena goreng dlu. Klu x, hancur! Hati2 time m'goreng ikan keli sbb keli x mcm ikan2 lain. Sgt suka meletop2 & hati2 dgn percikan minyak.


Bahan utk kuah :


1) Cili padi - buh banyak / sikit depend bnyk mana ikan. Klu nk pedas buh lebih.
2) Bwg bsr
3) Bwg putih - seulas dua sudah
4) Kunyit hidup
5) Serai
(Semua bhn td blend sampai betol2 hancur. Nak + cili merah pon buleh).


6) Santan pekat & santan cair
7) Gula sikit
8) Garam
9) Serai
10) Daun kunyit



Cara2 :


Masukkan bhn2 yg dh dikisar dlm periuk. x yah buh minyak utk tumis sbb nak buh santan. Bia jgn sampai hangus. Pastu baru masukkan santan pekat. Masukkan daun kunyit & serai sebatang yg diketuk sj. Kacau .. Buh gula grm. Masukkan santan cair supaya kuah x likat sgt. Buh asam keping sikit klu suka nak masam2. Rasa kuah .. Ok k blm ok? Adjust sendiri rs ikut selera masing2. Agak2 dah berpuas ati dgn rs kuah td, masukkan ikan2 keli. Ratakan kuah sampai keli2 td terendam. Matikan api & sedia utk dihidang.

Monday 14 June 2010

Prolog

Assalamualaikum w.b.t..

Salam pertemuan buat semua yg mengenali dri ini.Tiada kata seindah kalam yg mampu diucapkan buat semua.Dengan rahmat dan Kasih sayangNya,kita masih dipertemukan dalam page sya...Page ini sya dedikasi buat semua yg menjadi tulang belakang dan Bintang Hidup Sya selama ini.Moga wujudnya blog ini mampu menguatkan kembali tautan ukhwah antara kita semua..Buat teman2 yg mengenali diri ini,sudilah kiranya menjengah page sya yg x seberapa ini...Moga Kasih yang terbina dlu,akan terukir selamanya dan kalian menjadi Bintang dalam Hidup sya....Amin